Teks tilam pandak',
Keterangan Tilam kecil semuat seorang duduk. Salah satu alat kebesaran ketua adat. Digunakan untuk tempat duduk pengantin,pembesar atau ketua adat. Lazimnya untuk pembesar adat (Undang atau Penghulu), tilam pandak tiga tingkat digunakan. Ketua-ketua adat yang lain menggunakan jenis dua lapis. Pengantin lelaki menggunakan tilam pandak jenis selapis. Tilam pandak ini adalah sebagai memperingati tempat duduk Datuk Perpatih nan Sebatang di dalam bahtera semasa pelayaran.',
Perbilangan N/A